Thursday 11 September 2014

Misteri Hilangnya Pesawat di Masa Lalu

Misteri Hilangnya Pesawat di Masa Lalu

Dengan radar, pesawat yan jatuh biasanya bisa ditemukan dengan cepat. Tetapi jika pesawat hilang di laut, pencarian bisa berlangsung lama. Dalam sejarah, MH 370 dari Malaysia Airlines bukan pesawat pertama yang hilang.
Penerbangan MH 370 dari Malaysia Airlines adalah contoh terakhir peristiwa yang jarang terjadi di dunia penerbangan, yaitu menghilangnya pesawat. Dengan radar, gelombang radio dan teknologi mutakhir lain, pesawat yang jatuh biasanya bisa ditemukan dengan mudah.
Tapi pencarian kadang bisa berlangsung berhari-hari atau berminggu-minggu, jika pesawat menghilang di atas laut terbuka dan di daerah daratan yang bergunung-gunung. Sejak mulainya penggunaan pesawat jet tahun 1958, sejumlah pesawat hilang, dan sebagian bukan jenis pesawat jet.
Tahun 2009, sebuah pesawat dari maskapai penerbangan Air France hilang dari radar. Bagian pesawat ditemukan beberapa hari setelahnya, tetapi badan pesawat baru dtemukan dua tahun setelah kejadian. Pesawat Airbus A330 dengan nomor penerbangan 447 itu terperangkap badai besar di atas samudra Atlantik, setelah meninggalkan Rio de Janeiro dalam perjalanan ke Paris. 228 orang yang berada dalam pesawat meninggal.

Sebuah yang dioperasikan Adam Air di bandara Soekarno-Hatta
Maskapai Penerbangan Indonesia
Sebuah Boeing 737 yang dioperasikan Adam Air hilang dari radar 1 Januari 2007. Sebagian ekor pesawat dan bagian lainnya ditemukan beberapa hari kemudian. Kotak hitam penyimpan data baru ditemukan sembilan bulan setelahnya, sedangkan badan pesawat sampai sekarang masih berada di dasar laut. 102 penumpangnya meninggal dalam kecelakaan.
Sebuah pesawat yang dioperasikan Merpati Nusantara Airlines menghilang tahun 1995, dan sampai sekarang tidak berhasil ditemukan. Pesawat tipe De Havilland Twin Otter 300 itu mengangkut 14 orang, dan sedang dalam perjalanan antar pulau di Indonesia.
Pengalaman Tragis
Tahun 1990, Boeing 727 yang dioperasikan perusahaan Peru Faucett Airlines, jatuh di Atlantik Utara setelah kehabisan bahan bakar. Pesawat itu mengangkut 18 pekerja perusahaan bersama keluarga mereka. Reruntuhan pesawat tidak pernah ditemukan.
Merpati Twin Otter
Sebuah pesawat Twin Otter yang dioperasikan Merpati Nusantara Airlines
Tahun 1972, sebuah pesawat tipe Fairchild FH-227 turboprop milik Angkatan Udara Uruguay mengangkut 45 orang, termasuk sebuah tim rugby dan keluarga mereka melintasi pegunungan Anden. Setelah jatuh di daerah pegunungan, belasan orang tewas. Setelah menunggu tim penyelamat, beberapa dari mereka berjalan kaki dan berhasil mendapat pertolongan. Penumpang yang selamat dan masih berada di reruntuhan juga berhasil diselamatkan. Sebelum mendapat pertolongan, mereka terpaksa jadi kanibal. Peristiwa kecelakaan pesawat ini jadi topik sejumlah buku dan film.
Pesawat tipe Lockheed L-1049H Super Constellation yang disewa militer AS tidak berhasil sampai ke tujuan di Filipina tahun 1962. Pesawat itu membawa 107 penumpang dan awak pesawat. Belasan pesawat terbang dan sejumlah kapal mencari reruntuhannya di bagian barat samudra Pasifik, tetapi pesawat tidak berhasil ditemukan sampai sekarang.

Kertas UPSR: JPN Perak nafi kononnya seorang guru di negeri itu ditahan SPRM

Kertas UPSR: JPN Perak nafi kononnya seorang guru di negeri itu ditahan SPRM


IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menafikan kenyataan yang kini tersebar di media sosial kononnya seorang guru di kawasan pedalaman di negeri ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pengarahnya, Mohd Idris Ramli berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu dan sudah memeriksa dan menghubungi semua Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) bagi mengesahkan kejadian itu.
"Perkara itu tidak benar dan kami sudah memeriksa dengan semua PPD bagi menyiasat dakwaan itu dan ia jelas tidak benar, " katanya ketika dihubungi.
Kenyataan yang tersebar di media sosial melalui aplikasi 'WhatsApp' itu antara lain mendakwa guru terbabit adalah seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di negeri ini dan difahamkan sekolah berkenaan adalah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman Perak.
Antara lain kenyataan yang seolah-oleh sebuah laporan berita itu menjelaskan, disebabkan kedudukannya yang jauh di pedalaman, kertas soalan UPSR telah sampai di pusat peperiksaan di kawasan tersebut sehari lebih awal daripada tempat lain.
Dakwa laporan itu lagi, guru terbabit telah memanipulasikan keadaan itu dengan bertindak mengambil gambar soalan tersebut dan menyebarkan gambar itu melalui aplikasi WhatsApp.


Wednesday 10 September 2014

Pelajar UiTM Cedera Parah Akibat Ditikam

Pelajar UiTM Cedera Parah Akibat Ditikam


Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah cedera parah selepas ditikam sebanyak enam kali oleh seorang lelaki dalam satu rompakan di Pangsapuri Dimensi di Lendu di sini, awal hari ini. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata ketika kejadian pada 5.30 pagi, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar Diploma Komunikasi Massa sedang nyenyak tidur di sebuah bilik di tingkat satu pangsapuri berkenaan manakala empat lagi rakannya berada di dua bilik berasingan.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan kemudiandidatangi seorang lelaki berumur 30-an yang bertindak menekan dada wanita tersebut dan memintanya untuk diam.

"Mangsa bertindak melawan dan menjerit sebelum suspek menikam mangsamenggunakan pisau sebanyak enam kali di bahagian dada dan tangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya suspek kemudian melarikan diri dengan terjun dari balkoni bersama dua kunci kereta dan tiga beg duit milik mangsa dan rakannya.

Abd Rahman berkata rakan Siti Irina yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi ambulan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek memasuki pangsapuri berkenaan melalui pintu di bahagian balkoni yang tidak berkunci.

Katanya polis menahan dua lelaki dipercayai rakan suspek yang turut tinggal di blok sama pangsapuri itu pada 6.30 pagi tadi bagi membantu siasatan. 

Polis turut menjumpai dua kunci kereta jenis Hyundai dan Proton dipercayai hasil rompakan itu selain parang dan kerambit, katanya.  - Bernama

Tuesday 9 September 2014

10 Teka-Teki Lawak

10 Teka-Teki Lawak 

Teka teki ah...teka teki uh...sapa yang kena dia lah yang jadi...haa harini kita nak berteka-teka sikit la..sekarang ni macam-macam ada sampaikan ada apps sendiri di android teka-teki ni...  jadi nak kongsikan la serba sedikit..10 teka-teki lawak terkini...
Kebun getah...Pak Ali

Soalan 1: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan 

Soalan 2: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!


Soalan 3: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh. 

Soalan 4: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 5: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…


Soalan 6: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng

Soalan 7: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 8: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 9: underTaker Naik motor The Rock naik Apa..?

Jawapan: Naik kening laa... ;)


Soalan 10: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

7 Lawak Lucah Kategori 18SX Buat Anda Terangkat..!!!

7 Lawak Lucah Kategori 18SX Buat Anda Terangkat..!!!

Layannn... Entry kali ini menceritakan tentang lawak yang lebih panasss ada terselit unsur lucah tapi dalam versi jenaka...haa nak tau macamana bunyinya layann 7 lawak lucah kategori 18SX di bawah...
Sekadar gambar hiasan


1. Air Puteh


Pada pagi itu, kuhampiri dirimu… Kau telah mengerti apa tujuanku. Dengan tak membuang masa ku raba tubuhmu…

Kau biarkan tanda kerelaan.. Dengan perlahan-lahan ku keluarkan senjataku. Kau diam tanpa kata, lalu ku letakkan senjataku ke lurahmu… Dengan perlahan ku tarik, maka kedengaran rintihan demi rintihan…

Tak semena-mena kau telah muntahkan air puteh, lalu mengalir membasahi lurahmu…

Tiba-tiba terdengar satu suara.. Woi !! Dah siap ke menoreh getah??

P/S : Dangg...!!! Mat jenin rupanya


2. Suami Minum Viagra


Seorang wanita dalam usia awal 40-an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, "Suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini, saya perlukan pertolongan dari Tuan.."

"Kenapa Puan tidak mencuba viagra? Ia suatu penemuan hebat di abad ini!" ujar doktor tersebut.

"Oh, please.. Dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!"

"Begini Puan, Puan boleh cuba tanpa disedarinya.. Masukkan dalam minumannya.. Dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa.." nasihat doktor itu lagi.

"Ok,.. saya akan cuba.." kata wanita tersebut sambil berlalu.

Keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata, "Sungguh memalukan! Sungguh memalukan!'

Sambil terkejut doktor itu berkata, 'Kenapa, tak berkesankah?"

"Oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. Sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat Doktor.. Setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. Di atas meja makan itu juga! Ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu..!"

"Habis.. apa masalahnya?" tanya doktor kehairanan.

"Yelah.. Mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya!! Kami sedang minum petang bersama-sama!!"

P/S : One happy family.....

Teruskan Selongkar...

3. Monyet Tumbuh Rambut


Seorang gadis yang sdg meningkat remaja bingung setelah tahu tumbuh rambut di bahagian kewanitaannya. Dia pun ngadu ke ibunya.

Ibu tersenyum dan menenangkan hati gadis kecilnya. "takpe, dik. Semua perempuan pasti begitu. Tempat tumbuh rambut atau bulu tu kite namakan Monyet Jadi tak ape kalo Monyet tumbuh rambut, ya kan??" Si Gadis pun lega.

Pada saat makan malam, si Gadis Kecil cerita pada kakak perempuannya yang sudah berkawin "Kakak belum tau kan? Monyet Adik sudah tumbuh rambut!"

Kakak yang sedang asyik makan merasa terganggu dengan celoteh adiknya tersebut, "sudah2 la, dik.. Kakak nih lebih tua dari kamu!"

Ibu hanya tersenyum kecil mendengar percakapan anak-anak gadisnya tersebut.

Adik yang merasa diremehkan membalas,"Walaupun umur adik lebih muda, tapi Monyet adik sudah tumbuh rambut! Kakak belum tentu!!"

Si Kakak berhenti makan lalu memandang ke arah adiknya. "Monyet kamu baru tumbuh rambut!...Monyet Kakak sudah makan PiSANG Tau!..HAHAHAHA..

P/S : Pisang tanduk...opssss

4. Korek Hidung

Badrul bertanya kepada Bapaknya...

Badrul: "Pak, betul ke make love tu best?"

Bapakk: "Haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!"

Badrul: "Tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?"

Bapakk: "Kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?"

Badrul: "Tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?"

Bapakk: "Kalo kamu jalan-jalan, tetiba ada org nak korek hidung kamu... Kamu suka tak?!"

Badrul: "Betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?"

Bapakk: "Kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!"

Badrul: "Kenapa orang lelaki tak suka buat tu pakai kondom?"

Bapakk: "Kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!"

Badrul: "Waaahhh... Bapakk ni pandailah!"

P/S : Pandai sangattttt

5. Bomoh Malam Pertama


Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda: "Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti."

Bomoh: "Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti."

Pemuda: "Bagaimanakah caranya tok bomoh."

Bomoh: "Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya."

Pemuda: "Bagaimana caranya tok?"

Bomoh: "Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu."

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam. Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh: "Kenapa cepat sangat?"

Pemuda: "Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?"

Bomoh: "Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?"

Pemuda: "Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh."

Bomoh: "Teh apa yang kamu gunakan?"

Pemuda: "Mustika Ratu - Slimming Tea tok...

P/S : Ramping kannn....


6. Baju Cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"

"Yang kau telanjang tu nape!!??" marah si nenek.

"Ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.

Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu...

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.

"Ini lah BAJU CINTA saya, Bang." kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA??!! Kok iyea pun... IRON la dulu baju tuh!! Nampak sangat kedutnyer..."

P/S : Kuasa Ironmen mungkin boleh la kot... ;PP

7. Pelacur Kena Ambush

Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

P/S : Hebat petua dari nenek... ;p


Hehehh...Jangan lupa share

cerita seram hantu jerangkung

cerita seram hantu jerangkung

 pada  suatu hari sepasangsuami isteri bersama anaknya ingin bercuti di cherating. apabila mereka sudah siap sedia untuk pergi ke cherating ,mereka pun bertolak . mereka bertolak tepat 8.30 mlm.apabila mereka melalui terowong lebuhraya karak anak mereka yang baru umur 17 bulan itu mula menangis .ia menangis sekuat hati .apabila mereka melepasi pekan karak tiba-tiba kereta mereka rosak. si suami pun alihkan kereta tersebut ketepi jalan. si suami  cuba membaikinya tapi tidak berjaya . si suami berkata kepada si isteri yang dia ingin ke pekan karak .tetapi si iateri melarang dia berbuat demikian .si suami berkata kalau kamu takut pasang lah kaset  al qur'an. si suami pun mula berjalan. setelah berjalan si suami berasa sangat letih dia pun duduk di bawah sebatang pokok yang besar dan agak seram.semasa si suami sedang berehat ada sebuahkereta yang dipandu oleh 4 oang pelajar kolej  memandu dengan laju .di dalam fikiran si suami berkata"haaa ni mesti nampak hantu ni".si suami pun teruskan perjalanan  apabila dia menghampiri pekan karak dia nampak sebuah lori yang memandu dengan laju orang yang memandu lori itu menjerit kepada si suami " dei tengok belakang dei".si suami pun dengan berasa tidak senang hati dia toleh kebelakang  dan telah nampak sesuatu yang agak mengerikan dia telah nampak mahluk halus yang bernam jerangkung .si suami cuba  melarikan diri tapi dia tidak berjaya.jerangkung itu telah menangkap si suami.si isteri tidak mengetahui yang suami nya telah di tangkap oleh jerangkung. si isteri berasa sangat risau dan takut .dia pun memainkan kaset al qur'an itu.setelah saja si isteri memainkan kaset tersebut tiba-tiba  kasetnya terpadam.bayi yang asyik menangis itu pun tiba-tiba tersenyap .si isteri berasa sangat pelik 2 minit selepas bayi itu dan kaset itu berhemti berbunyi jam menunjukkan pukul 3:00pgi.pada pukul 3:03 pgi si isteri terkejut apabila terdengar bunyi hentakkan di bumbung kereta . pada pukul 3:04 polis ronda yang memandu kereta  tersempak bersama kerata itu .seorang polis keluar dari pintu kiri ddan meng acukan pistol ke pada kereta itu dan seorang lagi polis keluar dari pintu kanan . polis yang keluar dari pintu kanan itu mengarahkan si isteri keluar dari kereta(PUAN SILA KELUAR DARI KENDERAAN DANBERGERAK KEARAH KAMI,JANGAN TOLEH KEBELAKANG CEPAT SIKIT)TAPI SI ISTERI DEGIL DIA TOLEH JUGA KEBELAKANG.APABILA DIA TOLEH KEBELAKANG DIA TERNAMPAK SATU MAHLUK YANG BERNAMAJERANGKUNG SEDANG MENJAMAH SUAMI DIA .SI ISTERI PUN BERLARI  KEARAH POLIS DAN TERUS MASUK KEDALAM KERETA POLIS TERSEBUT DAN SEORANG POLIS TELAH MELEPASKAN DUA DAS TEMBAKAN KEARAH JERANGKUNG  DAN KEDUA-DUA POLIS ITU MASUK KEDALM KERETANYA DAN TERUS KE PANGKALAN.PASAL JERANGKUNG TU TAKDE SESIAPA  PUN YANG TAHU APA JADI PADA MAHLUK ITU INILAH MITERI JERANGKUNG

Fakta megenai lelaki

Fakta megenai lelaki





1.Lelaki tidak detail dlm percakapan

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

Isteriku lelaki

Isteriku lelaki

Edisi KL : Isteriku lelaki
Oleh Rashidi Karim

KANGAR: Satu pasangan suami isteri sedang disiasat pihak berkuasa agama Islam kerana meragui status jantina si isteri yang dikatakan lelaki selepas mereka berkahwin, baru-baru ini.

Perkahwinan pasangan itu terbongkar apabila si `isteri’ membawa pulang suami ke rumahnya di Utan Aji, dekat sini, untut memaklumkan kepada keluarga mengenai perkahwinan mereka.

Sumber berkata, si isteri itu berusia awal 20-an adalah penduduk tempatan manakala suaminya berusia 30-an berasal dari Alor Star dan kes mereka kini dalam siasatan Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Beliau berkata, pasangan itu mendakwa berkahwin di negara jiran sejak sebulan lalu atas dasar cinta tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

“Bagaimanapun, perkahwinan itu terbongkar apabila si isteri membawa suami kesayangannya pulang ke rumahnya di Utan Aji, untuk memaklum kepada keluarga.

“Bapanya yang tahu anaknya seorang lelaki berang lalu menelefon polis kerana beranggapan anaknya tidak layak dipanggil isteri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kes itu sudah dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri dan siasatan terperinci, termasuk mengenal pasti status jantina isteri terbabit sudah dilakukan.

Jurucakap polis ketika dihubungi enggan menggulas perkara itu kerana menganggap kes itu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama.

Sementara itu, Bahagian Penguatkuasa Jaips ketika dihubungi Harian Metro enggan menggulas mengenai dakwaan wujud perkahwinan sesama lelaki kerana siasatan masih dijalankan.

“Kami tidak boleh mendedahkan perkara ini kerana ia boleh menjejaskan imej Perlis. Anda (wakil Harian Metro) selalu menimbulkan masalah kepada kami.

“Saya enggan memberi sebarang komen. Tunggu pengarah balik daripada mengerjakan Umrah,” kata seorang pegawai penguat kuasa Jaips.

Sumber itu berkata, pasangan itu hadir ke pejabat Jaips beberapa hari lalu untuk diambil keterangan manakala si isteri sudah diminta menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Pemeriksaan doktor mendapati si isteri langsung tidak mempunyai fizikal seorang wanita, cuma jiwa dan perasaan lebih kepada wanita.

“Lelaki berkenaan yang juga suaminya dikatakan mengetahui kedudukan isterinya tetapi tidak mengambil sebarang tindakan kerana terlalu mencintai pasangannya,” katanya.

Katanya, lelaki dari Kedah dan pasangannya itu dikatakan mahu mendaftar perkahwinan mereka di Perlis.

“Si suami dikatakan dalam keadaan tertekan dan takut berpisah dengan pasangannya serta kerap menghubungi Jaips bagi mempercepatkan keluaran surat nikah yang sah,” katanya.

Isteri `tua' derita suami muda digoda janda

Isteri `tua' derita suami muda digoda janda

CERITA fasal kambing tua suka makan pucuk muda minggu lalu memang cukup menarik. Ramai memberikan pandangan malah kata mereka, apa salahnya lelaki tua kahwin wanita muda, itu fenomena biasa dalam kehidupan hari ini. Lelaki biasalah kalau berhajat dia akan melakukan apa sahaja sehingga hasratnya tercapai.Terpulang kepada gadis-gadis sahaja sama ada menerima ataupun tidak, bab memfitnah itu perkara kecil malah ada lelaki yang sanggup ugut gadis untuk berkahwin dengannya. Apabila dah kahwin barulah dia takutkan isterinya. Tapi sebenarnya bukan takut cuma tak mahu bertanggungjawab. Inilah yang gadis-gadis mesti faham.
Bagaimanapun minggu ini kita ikuti kisah seorang isteri yang kecewa dengan sikap suaminya, sudahlah tidak berpelajaran, tidak bekerja ketika ditemui, tetapi setelah `dibersihkan, digilap bercahaya' dan mempunyai pekerjaan dan gaji juga boleh tahan tingginya, dia pula dianggap sebagai isteri yang tidak tahu diri dah tua, kaki kontrol dan tidak sedar diuntung.
Kata Zubaidah, ketika berbual di telefon, jiwanya tertekan angkara suaminya yang selalu sangat jatuh cinta, dan dia tidak ada tempat nak mengadu, kalau ikutkan perasaan mahu sahaja dia melarikan diri, tetapi memikirkan nasib anak-anak yang memerlukannya, dia terpaksa memendam perasaan. Tapi tak tahu berapa lama.
Kerana tidak ada kemudahan Internet, maka saya syorkan beliau menulis sahaja kemudian fakskan kepada penulis, kerana di pejabatnya memang ada kemudahan tersebut, tapi katanya, dia tidak akan puas kalau tak bercerita.
Setelah membaca surat yang difakskan, penulis hubunginya, dan kami berbual agak lama juga. Dipendekkan cerita, pengalaman pahit yang dilalui oleh Zubaidah memang boleh memakan jiwanya jika dibiarkan lama.
Katanya, dia pernah terfikir untuk menamatkan hayatnya, tetapi tak jadi kerana ingatkan anak-anak, dia tidak ada tempat nak mengadu, fikirannya berserabut, suami gelarkan dia dah expired, sebagai wanita lemah lembut jiwanya tertekan apabila dikutuk, dipanggil dengan pelbagai gelaran oleh suami terhadapnya.
``Saya sedar saya jauh lebih tua daripadanya ketika berkahwin dahulu. Saya ibu tunggal, suami saya meninggal dunia kerana penyakit yang dihidapinya, arwah meninggalkan kami berempat beranak, namun hidup saya tidaklah susah sangat, walaupun tidak sesenang ketika arwah masih ada. Setelah sekian lama sendirian saya dilamar.
``Rosli mendesak hendak kahwin dengan saya. Saya suruh dia fikir 100 kali, namun dia tetap dengan keputusannya. Adik-beradik saya menegah sebab kata mereka, masalah rumah tangga kami tidak nampak sekarang, tetapi akan susahkan saya dalam masa 10 atau 15 tahun akan datang.
``Ketika itu saya berusia dekat 40 tahun. Sedangkan Rosli baru 25 tahun. Memang kami tak sesuai menjadi pasangan suami isteri macam kakak dengan adik kalau dilihat daripada perbezaan umur kami 15 tahun itu.
``Tapi wajah dia tidaklah muda sangat disebabkan pengalaman hidupnya yang susah, jadi dia dilihat lebih matang, wajahnya kelihatan dah berbaya kerana susah.
``Rosli anak dagang dari kampung, sejak kecil dia membantu keluarganya, setelah ibu bapanya bercerai, disebabkan kemiskinan dia terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja kampung, tetapi hasilnya memang tak berbaloi langsung.
``Masih muda belia dia berhijrah ke KL melepaskan dirinya daripada belenggu kemiskinan. Di KL disebabkan tidak ada saudara dan kenalan dia jadi anak jalanan, dia melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Tidak ada tempat tinggal yang tetap, di mana ada kerja di situ dia melepaskan lelah dan melelapkan mata.
``Entah macam mana kami bertemu, dia jadi buruh kasar, kebetulan waktu itu dia bekerja dekat rumah saya. Bermula dengan bertegur sapa akhirnya kami menjadi kawan rapat. Dah rapat dia lahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan saya. Bagaimanapun saya tak cepat terima, saya menasihati dan mengingatkan Rosli tentang kedudukan umur kami yang berbeza, dia bujang saya janda, umur yang jauh lebih tua dan ada anak.
``Tetapi kata Rosli itu semua jangan dijadikan masalah sebab yang penting kami bersedia berumah tangga, dan tahu tanggungjawab masing-masing. Memanglah ketika itu hidup Rosli memang susah, maklumlah kerja sebagai buruh sahaja.
``Setelah nikah saya cuba mengubah corak hidupnya, saya suruh dia berniaga, tetapi hasilnya tak memuaskan. Saya tak kira habis duit modal pun asalkan dia mahu berusaha untuk membaiki taraf hidupnya. Kerana saya tak mahu dia jadi buruh kasar lagi, kerja teruk sedangkan saya yang ada kelulusan bekerja pejabat. Tentu dia rasa tak selesa.
``Tak sampai dua tahun berkahwin, Rosli mula buat hal, sambil berniaga dia boleh main-main cinta. Hati saya mula terasa pahitnya. Tetapi saya bersabar, bila saya ingatkan dia tentang janjinya, dia baiklah sekejap, lepas itu sambung balik tabiat buruknya.
``Dalam pada itu saya carikan dia kerja yang lebih baik selepas berhenti berniaga, kerana saya ada ramai kenalan, pekerjaan yang sesuai tidaklah susah sangat nak cari. Dan Rosli berani mencuba walaupun dia memang tak tahu pada asalnya.
``Satu tabiat buruknya, dia suka sangat bercinta, pantang nampak gadis yang melayan senyumannya, semuanya dilayan dan mudah jatuh cinta. Setiap kali dia bercinta saya cepat dapat tahu, kerana sifatnya yang cepat lupa dunia. Sepanjang perkahwinan kami hampir 15 tahun saya rasa tidak kurang 12 orang gadis yang dia telah jatuh cinta, itu pun sepanjang yang saya dapat tahu. Tapi rasa-rasanya lebih daripada itu.
``Setiap kali dia bercinta saya akan nasihatkan dia tentang nasib anak-anak, saya mahu dia jaga anak-anak kalaulah saya mati dulu daripadanya, tetapi dia tak kisah langsung. Kerana sikapnya itulah saya terpaksa serahkan seorang anak saya kepada adik untuk dipelihara, sebab setiap kali saya hamil dia akan bercinta. Dan ketika bercinta, perubahan sikapnya sukar dikawal, saya menghadapi tekanan hidup yang amat sukar.
``Kami saling berbalah, dia akan menuduh saya kaki kontrol, cemburu buta, suka sekat kebebasan hidupnya, dan faham sajalah apabila bercinta dia jadi lupa diri, lupa dia ada anak isteri, perbelanjaan hidup semakin sempit. Sedangkan saya perlu bayar ansuran rumah dan kereta serta macam-macam lagi.
``Sebenarnya anak-anak saya terdahulu tak menyusahkannya, mereka bersekolah asrama, masuk IPT, jadi tidak banyak masa mereka di rumah kami. Bila bekerja mereka menyewa rumah sendiri bersama kawan-kawan. Mereka memang tidak menyusahkan saya dan ayah tirinya. Sebaliknya mereka sering membantu saya.
``Namun perkenalannya dengan wanita yang terakhir sekarang amat menyakitkan hati saya. Mulanya seperti biasa saya tidak menyedari perubahan dirinya. Taktik barunya bersama kawan-kawannya memang menakjubkan. Semua bermula daripada ajakan kawan-kawan untuk ke masjid mendengar majlis ilmu. Saya fikirkan baik, saya biarkan tanpa banyak soal, dia pun tidak mengajak saya ikut sama.
``Rupa-rupanya dari majlis ilmu ini mereka berpecah dan dia terus bertemu kekasihnya, yang kebetulan seorang peniaga. Saya masih tak sedar, hinggalah saya dapati banyak pakaiannya hilang dari almari dan saya jarang berjumpa pakaiannya lagi.
``Pakaian yang hilang ini pun saya sedar setelah membaca SMS dalam telefonnya. Mulanya saya dengar panggilan telefon, tapi tak diangkat, lepas itu masuk pula SMS. Alangkah terkejutnya saya bila saya baca terdapat perkataan yang memalukan. Antaranya perkataan `best giler!' Penghantarnya seorang wanita.
``Kerana tak puas hati saya tanya Rosli, biasalah mana nak mengaku malah menengking saya kerana membaca SMS dia. Saya hubungi wanita itu esoknya kerana dia masih mencari Rosli, waktu subuh. Apabila saya tanya barulah dia menceritakan dia dah lebih dua bulan kenal Rosli. Malah dia mengaku mengajak Rosli tidur di rumahnya.
``Lagi saya terkejut. Patutlah Rosli sering balik subuh pukul 4 atau 5 pagi baru sampai rumah, konon ada majlis ilmu di masjid dan di rumah kawan. Rupa-rupanya bermalam di rumah kekasihnya. Tanya punya tanya barulah terbongkar rahsia wanita ini sebaya saya, anak-anaknya semua dah lulus universiti dan dah bekerja, dia tinggal sendirian sambil berniaga untuk memenuhi masa lapang.
``Dia ibu tunggal dah 15 tahun bercerai, katanya dia kesunyian sebab itu dia melayan suami saya, katanya Rosli yang tergila-gilakan dia, sedangkan yang sebenarnya dia sentiasa mencari Rosli bila tak datang ke rumahnya. Dan dia tergamak memberi kunci rumahnya kepada Rosli untuk tidur dulu sementara menunggu dia balik berniaga.
``Saya nasihatkan Rosli kalau benar dia nak kahwin, bukanlah dengan wanita sebaya saya, carilah yang lebih muda, jangan nak main-main, berdosa. Saya sedar dah tua, sebab tu dia tak sukakan saya. Tapi janganlah aniaya saya dan anak-anak, bagi kami nafkah secukupnya jangan nak seronok dan senang sendiri. Ingat masa susah dahulu masa tak ada duit siapa yang tolong mengubah kehidupannya seperti yang ada sekarang.
``Rosli pernah mengaku dia tak sangka dia boleh hidup senang, siapa sangka dulu dia buruh kasar, tempat tinggal pun tak ada tapi sekarang dia ada kerja tetap dengan gaji dekat dua ribu. Tapi dia tak ucapkan terima kasih pada saya pun.
``Namun saya ingatkan dia supaya ada simpanan, sebab kita bukan kakitangan kerajaan ada pencen, apabila duit KWSP habis nanti apa nak makan, jangan ingat nak senang saja. Macam biasalah apabila dinasihatkan dia lagi melenting.
``Bagaimanapun bila Rosli tak datang ke rumahnya setiap malam, paginya wanita ini akan menelefon memujuk rayu, konon dia kesunyian. Malah dia merayu saya memahami perasaan dan hatinya yang lama sendirian. Saya suruh dia mengucap. Dia memang tak malu langsung. Bila saya nasihat supaya mencari ilmu buat bekalan mati nanti, katanya saya tak payah nasihatkan dia, yang dia perlukan cuma suami saya.
``Sejak seminggu dua ni, memang Rosli tidak berkunjung ke rumahnya lagi. Semakin galaklah panggilan telefon diterima memujuk rayu Rosli supaya jangan tinggalkan dia malah dia bersedia memberikan apa sahaja yang Rosli mahu asalkan tidur di rumahnya.
``Sebagai isteri apa perasaan anda? Inilah yang saya hadapi sejak hampir tiga bulan lalu. Kalau anda di tempat saya apa patut anda lakukan, panggil pegawai pencegah maksiat?'' tanya Zubaidah tentang masalahnya bersuami muda.
Tidak ada siapa pun di dunia ini yang tak ada masalah, semua orang ada masalah tersendiri. Kalau tidak dengan suami, dengan anak-anak, mungkin mentua, gangguan ipar-duai atau jiran namun atasinya dengan baik.
Sementara itu pada anda yang memberikan pandangan terbaik dalam forum di laman web dcckmona.
com
 , hadiah menarik mungkin menjadi milik anda. Dan terima kasih atas pandangan yang diberikan.